STS

PENGENALAN SUPPORT TICKETING SYSTEM (STS)

Sistem pelaporan masalah ini diwujudkan di BTP adalah bertujuan untuk merekod permasalahan berkaitan ICT telah mula digunakan semasa pelaksanaan projek rintis 88 buah sekolah bestari. Pada masa itu, Syarikat Telekom Smart School (TSS) diberi peranan sebagai Meja Bantuan untuk 88 buah Sekolah Bestari dan mereka telah menggunakan sistem FOCus (For Our Customer/User Satisfaction).

Pada tahun 2003, Bahagian Teknologi Pendidikan Pendidikan telah mengambil alih peranan Meja Bantuan daripada TSS.  BTP masih menggunakan Sistem FOCus sebagai sistem perekodan pelaporan yang digunakan merekodkan log masalah yang diajukan oleh pihak sekolah. Pada masa ini tempoh waranti dan penyelenggaran Sistem FOCus telah tamat.  Begitu juga dengan lesen perisian Lotus Notes untuk membangunkan FOCus telahpun tamat, maka di tahun 2008 penjenamaan semula terhadap Sistem FOCus telah diwujudkan dengan  nama Support Ticketing System (STS).

Tujuan diwujudkan STS adalah seperti berikut;

  1. Membantu mengenal pasti secara sistematik ke atas semua masalah  ICT agar dapat diselenggara dan diatasi dengan cepat
  2. Membolehkan pelaporan status permasalahan inisiatif ICT dalam Program Pembestarian Sekolah dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan
  3. Mewujudkan satu tempat tumpuan panggilan untuk menerima pelaporan permasalahan ICT daripada pengguna
  4. Menyediakan modul pangkalan pengetahuan dalam sistem yang membolehkan semua pegawai di BTP, rangkaian dan sekolah berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam menangani permasalahan ICT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s