Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah

Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan Mesyuarat Bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah.

Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan oleh guru di sekolah.

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM. Hasil maklum balas ini akan menjadi panduan untuk membuat penambahbaikan pembangunan bahan digital ini.

SKOP KAJIAN :

1.VLE – Virtual Learning Environment

2.EduWebTV – Laman TV Pendidikan

3.LMS – Learning Management System

4.Perisian Kandungan MBMMBI – CD Perisian untuk Program MBMMBI

JANGKA MASA :

06 SEPTEMBER 2013 HINGGA 20 SEPTEMBER 2013.

Instrumen soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik guru dan soal selidik murid. Semua guru dan minimum 10 orang murid di setiap sekolah perlu mengisi soal selidik yang berkaitan.

Sila Klik pada grafik dibawah untuk mula mengisi

 
         
About these ads
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.